Tahfiz Al Amin Kg Berhala Gantang
Tahfiz Al Amin Kg Berhala Gantang
Kampung
Berhala Gantang terletak dalam Mukim Sanggang II disebelah kanan mudik
Sungai Pahang. Kira-kira 6 KM daripada Bandar Temerloh.
Diasaskan
oleh Dato’ Shahibudin Bin Zainal Abidin pada tahun 1176H/1729M. Menurut
sejarah, kewujudan perkampungan ini adalah untuk dijadikan sebuah pusat
pengajian Islam dalam Negeri Pahang yang berasaskan Al-Quran dan
Al-Sunnah menurut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengan itu, kampung ini
dinamakan Berhala Gantang adalah satu nama yang begitu simbolik yang
membawa maksud menuju atau menghala ke suatu tempat.
Kejayaan
Dato’ Shahibudin dalam usahanya itu terbukti apabila lahirnya
sebilangan ulama’ yang terkenal antara tahun 1870 hingga 1900 seperti
Kadi Besar Pahang ; Kadi Ibrahim bin Abu Hurairah, Imam Besar Muhammad,
Tuan Hj. Ali bin Sham dan Tuan Hj. Ahmad bin Abdullah.
Selepas
Merdeka, kampung ini telah menjadi sebuah pusat pengajian yang paling
besar dalam Negeri Pahang. Seramai hampir 300 orang pelajar dalam
setahun yang mendaftar di Madrasah Al-Wosto yang diasaskan dan dipimpin
oleh Tuan Guru Haji Hassanuddin Bin Mohammad. Kini Madrasah tersebut
telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang dan dinamakan Sekolah
Menengah Agama Al-Wosto.
Pada
tahun 1996, kampung ini melangkah setapak lagi dengan terbinanya Maahad
Tahfiz Al-Quran Al-Amin yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Hassanuddin
Bin Mohammad. Beroperasi sepenuhnya pada tahun 1997 dibawah pimpinan
Al-Fadhil Ustaz Haji Wahid Ghaffar Bin Haji Ibrahim ( Al-Hafiz ).
Langgan:
Catatan (Atom)
2 ulasan: